Sambal Untuk Anak Dara Nan Sorang


Sambal hijau

Bahan-bahannya ;
1kg cili padi
1kg bawang besar
Garam, gula, serbuk perasa dan minyak untuk menumis.       

Cara-cara membuatnya..
Blend cili padi dan bawang. Masukkan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar blend dan cili padi. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa ( aku guna serbuk hilal dan aji nomoto). Perlahankan api dan masak hingga air kering dan sambal benar-benar garing.

Nota ; Memang berapi sambal ni tapi tahan lama. Boleh disimpan dan digunakan bila perlu saja. Boleh untuk mengoreng nasi, goreng mee, spaghetti, kuew teow dan juga untuk membuat sambal telur goreng, ayam atau daging. Hanya guna sesudu atau dua sudu besar saja setiap kali nak masak.

Sambal Bilis garing bersama kentang dan kacang.

Bahan-bahannya :
1kg ikan bilis gred A
Kacang tanah rm1
Kentang 6/7 biji
Sambal hijau segera ( yang siap masak seperti  resepi di atas )

Cara-caranya ;
Ikan bilis dibuang tulang dan semua yang tak berkenaan. Kentang diparut halus memanjang. Kemudian goreng hingga garing ikan bilis, kentang parut dan kacang tanah. Hendaklah digoreng satu persatu, tos dan ketepikan. Terus masukkan dua sudu besar sambal hijau  dalam kuali yang masih berbaki minyak gorengan tadi. Perlahankan api, masukkanlah ikan bilis, kacang tanah dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau hingga garing dan kering kuahnya. Siap sudah sambal bilis super spicy kebabom..haha.

Acar buah-buahan

Bahan-bahannya ;

Cili kering rm3
Cili padi segenggam (20-15 ) atau ikut suka sendiri
Buah-buahan kering atau jeruk. Bahan-bahan ni ikut bajet sendiri ya. Akak cuma guna kurma, jeruk betik, jeruk mempelam (mangga ), jeruk prune, asam boi.
1kg bawang besar
3 labu bawang putih
Halia 1 ketul
Cuka ½ cawan

Nota ; kalau ada jem strawberry masukkan 3 sudu besar. Akak tanya merata kedai di kawasan akak ni, masing-masing tak jual jem strawberry. Frust tertonggeng..hihi      

Bahan-bahan untuk menumis

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
                                 

Cara-cara membuatnya;

Cili kering dipotong kecil dan digoreng garing. Toskan dan blend. Kemudian blend bawang besar, bawang putih dan halia. Mulalah menumis bawang merah, bawang putih dan halia. Akak masukkan sekali cili padi ketika menumis jadi acar akak memang rasa manis, masam dan super spicy. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Cili kering yang telah digoreng tu dikisar dan tapis buang biji. Lepas semua bahan kisar dimasukkan boleh masukkan gula, garam, cuka, serbuk perisa dan jem strawberry kalau ada. Perlahankan api dan masak sampai kuah pekat dan garing. Masukkan buah-buahan dan biar kuah benar-benar garing dan pekat agar acar masak elok dan tahan lama.

Pes Rendang Tok

Bahan-bahannya ;
Cili kering rm 1
2 bungkus rempah kurma
1 botol kicap
Lengkuas
Halia
Bawang besar 1kg
Serai 10 batang
1 labu bawang putih
Gula, serbuk perisa.

*tak perlukan garam sebab dah masukkan kicap sebotol.

Bahan-bahan untuk menumis ;
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia 1 cm

Cara membuatnya ;
Rebus cili kering, blend dan tapis buang biji. Tumis bahan tumisan dan masukkan cili blend dan semua bahan-bahan lain. Sesuaikan rasanya, perlahankan api dan biar pes menjadi garing. Untuk  garing  mengambil masa beberapa jam agar pes tahan lama. Yang penting jaga api saja. Jangan sampai cili dan rempah masak mengejuk.

Nota ; semua resepi ni boleh disimpan berbulan lamanya kalau betul cara masaknya. Khas untuk isteri2 yang sibuk berbisnes. Masak sehari untuk sebulan. Boleh cuba kalau mahu.

Acar tenggiri (Fav my fmily)

Sori tak da pic…

Bahan-bahannya
1 Ekor ikan tggiri 1kg
1bungkus rempah kurma
3sudu besar cili boh
½ cawan cuka
3sudu gula dan garam secukup rasa
4labu bwng besar  dan 2 biji cabai hidup
3ulas bwng merah
3ulas bwng putih
Sedikit halia,2 bunga lawang,2kulit kayu manis.
Cara membuatnya; Ikan digoreng,Tumis bwng merah, bwng putih,halia,bnga lawang dan kulit kayu manis hgga naik bau,masukkan rempah kurma dan cili boh,perlahankan api,masukkan cuka,gula dan garam,sesuaikan rasanya,lepas rempah dan cili boh masak masukkan 2 cawan air dan ikan goreng,biarkan kuah pekat dgn api perlahan,last sekali baru masukkan bwng besar yg di belah 4 dan cabai hidup yg di belah 2,.biarkan seketika,angkat dan boleh di hidangkan.

P/S;Untuk bagi acar tahan lama seeloknya ketika masak api sentiasa slow kerana jika rempah dan cili boh masak mengejut acar tak sedap dan cepat basi.



Ulasan