Sambal Hijau Ikan duri

Bahan-bahannya :
2 ekor ikan duri
5 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa

*boleh juga guna ikan keli atau ikan sembilang

Bahan blend :
Cili padi
Kunyit hidup
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk menumis :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih


 Cara-cara membuatnya :
Siang ikan duri dan bersihkan, lumur dengan asam dan garam dan cucuq ayaq..maksudnya sambil membilas tu selawat 3x..tumis bawang merah dan bawabg putih, biarkan garing dan berbau wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan blend, masukkan garam dan serbuk perasa dan asam keping. Perlahankan api dan tunggu hingga naik minyak. Selepas cili masak elok, masukkan ikan dan sedikit air hingga ikan terendam sikit. Biarkan ikan masak dan kuah sedikit pekat.

*kunyit tu boleh juga gunakan kunyit serbuk. Aku guna kunyit hidup sebab stok kunyit hidup memang tengah banyak sebab sedang mengamalkan minum jus kunyit sekarang ni. Dan, aku masukkan sedikit gula sebab my asben tak boleh makan makanan yang terlalu pedas. The spicy food is my favourite!


*ikan duri ni bahagian paling sedap adalah kepala, telur dan kelempung. Sapa yang minat yang sama macam aku, kita geng okey...


*resepi sayur kobis daun ni paling simple sekali. Tak payah boh resepi pun orang dah tau dah, cuma yang berbeza tang cili tu, aku boh cili padi jugak. Cili padi dan aku memang tak dapat dipisahkan.

*ikan yang tak pernah jemu dimakan. Boleh masak macam-macam jenis masakan. Paling best kalau goreng nasi gaul sekali dengan isi ikan goreng ni. Best tau, pernah cuba tak?

*Cukuplah dengan apa yang ada. Makan macam ni hari-hari pun sudah menambahkan berat badan ahli keluargaku. Tak payah tunggu nak makan makanan mewah. Encik asben aku kalau ada lauk macam ni pun buat dia tambah nasi berkali-kali dah. Yang penting ada saja. Terima kasih pada encik suami, sepanjang perkahwinan kami dia tak pernah mencaci makanan yang aku masak, samada sedap ataupun tak. Simplekan?

Nota : Alhamdulillah dengan rezeki pemberian Allah ini. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
P/s : Paling penting ikan tak pernah beli. Rezeki orang bagi setiap kali.







Ulasan