Kek Gula Hangus

*resepi ni  milik seorang rakan Fb Ejan Mas Sayang. Nama penuhnya Mas Roshaizan BT Mas Hasan.

Bahan-bahannya : 1 cawan gula
1 cawan air panas
5 biji telur
2 sudu mentega
1/2 cawan susu pekat
1 setengah cawan tepung gandum
2 sudu serbuk bicarbonat
1 cawan serbuk koko

Cara-caranya : Buat gula hangus, bila dah perang masukkan air panas, kacau dan kemudian masukkan mentega. Blend telur, susu dan masukkan gula hangus tadi. Masukkan dalam bekas, ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kacau adunan hingga sebati dan panaskan periuk kukus. Bila masak, biarkan sejuk dan hidangkan.

Tarrraaaa..memang peberet aku kek atau apom gula hangus ni. resepi ni kurang manis.


Ulasan