Laksa Utagha Paling sempoi

Bahan-bahannya :

Sebungkus laksa ( Aku guna laksa kecil )
Isi ikan kembung

Asam keping
Garam
Serbuk perasa
Bunga kantan
Daun kesom

Bahan blend :
Bawang besar
Cili padi

*kuantiti bahan ikut suka hati..
*versi aku memang super spicy
*kuah yang ni memang terlebih pekat

Cara-cara membuatnya :
Rebus laksa dulu dan laksa jenis kecil ni memang tak perlu rendam dan cepat lembut. Kemudian blend isi ikan dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian blend bawang besar dan cili padi. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, buka api dan kecilkan api. Tambah air secukupnya dan biarkan kuah masak. Kalau aku, paling lama dua jam baru aku angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan hiasan terpulang pada citarasa masing-masing.

*citarasa aku setiap kali makan laksa, hanya masukkan laksa, kuah dan telur rebus sahaja. Sempoi tak citarasa aku?



Resepi Tambahan

Serunding Ikan

Bahan-bahannya :
Isi Ikan sebanyak mungkin ( aku guna 2kg ikan kembung )
Santan ( sekotak santan kecil sudah mencukupi )
Garam
Serbuk perisa
Gula

Bahan-bahan blend :
Bawang merah 5-6 ulas
Bawang besar 2-3 labu
Bawang putih 3 ulas
Serai 8-10 batang
Kunyit hidup 3-4 inci
Halia 2 inci
Cili kering rm2
Cili padi rm1
*aku suka serunding ikan versi pedas.
*ataupun kuantiti bahan-bahan ikut suka citarasa masing2
*boleh juga gunakan kunyit serbuk

Cara-cara memasaknya :
Masak serunding paling sempoi sekali. Masukkan semua bahan termasuk bahan-bahan blend ke dalam kuali dan perlahankan api setelah cukup kering. Bila dah kering kacau pula sampai cukup garing. Kalau serunding dah garing bolehlah angkat dan sejukkan. Selepas sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan berbulan lamanya. Kalau di rumah kami, tak sampai seminggu, dah licin.



Sambal tahan lama

 ( orang utagha pangge masak cabai )


Resepi di bawah ni untuk perantau yang masih belajar atau isteri yang bekerja. Boleh buat hari cuti, dan boleh disediakan hari bekerja. Dijamin tahan lama kalau betul cara masaknya.

Bahan-bahannya :
Untuk dimesin..Bawang merah 1kg, cili kering sebanyak mungkin.
Sos cili 1 botol
5-6 keping asam keping
Garam 2 sudu besar atau secukup rasa
Gula 2 senduk penuh atau ikut citarasa sendiri
Serbuk perisa (aji no moto )
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :

Blend cili dan tapis buang biji. Blend bawang dan mulalah menumis dan masukkan semua bahan. Kecilkan api dan kacau selalu hingga sambal benar-benar garing dan kering airnya. Aku tumis dalam api perlahan lebih kurang 6 jam lamanya.


*memang tahan lama. Selepas masak biarkan sejuk, masukkan ke dalam balang dan masukkan ke dalam peti ais. Di rumah kami bertahan 3 hari saja sebab yang selebihnya aku bagi anak dara bawa balik ke asrama. Hari terakhir aku gunakan sambal ni untuk buat masak sambal kepala ikan tenggiri. Cuma tambahkan segelas air dan ikan tenggiri goreng. Biarkan mendidih beberepa minit dan sambal tenggiri aku sudah sedia untuk dimakan. Sempoi tak?

Nota : Untuk resepi tambahan ni tak ada gambar sebab tak sempat nak snap dah licin, lagi pun aku masak resepi ni untuk anak yang nak balik semula ke kampus. Baki yang tinggal tak banyak mana pun, kebetulan pula time ada tu memang tak ada mod nak pegang hp.







Ulasan