Laksa Kuah Lemak Utagha

Bahan-bahannya :

Laksa sebungkus
1kg ikan kembung/termenung
Cili kering
Cili padi
Asam keping
Halia
Bawang besar
Bawang merah
Daun kesom
Santan
Garam
Serbuk perisa


*kuantiti bahan ikut suka  nak boh banyak mana. Jangan ikut seperti dalam gambar sebab kepedasannya memang berasap telinga.  Masamnya memang kaw  punya. Halia tu sepatutnya 1inci atau 1/2 inci saja.  Halia hanya perlu diketuk. Aku masukkan halia banyak, konon-kononnya nak halau angin.

*Bahan-bahan tambahan :
Ulaman ( daun lepai, daun salad, daun selom, daun gajus, daun putat ) terpulang pada citarasa sendiri.
Timun, telur, bawang mentah, limau nipis. cili padi.

*aku tak suka dengan bahan-bahan tambahan ni. Kalau makan laksa aku hanya boh laksa, kuah dan telur saja kecuali kalau makan di kedai atau di rumah orang.


Cara-cara membuatnya :

Campakkan semua bahan-bahan dalam periuk. Buka api dan masak. Ok, siap! Tarra...hahaha..lawak saja. Aku selalu guna dua jenis laksa. Kalau laksa halus aku rebus terus, kalau yang jenis besar, rendam dulu sampai kembang, baru rebus. Ikan disiang, bersihkan dan selawat akhir sekali. Rebus dan asingkan isi dengan tulang. Blend isi dulu masukkan dalam periuk. Lepas tu blend tulang pula dan kemudian tapis. Basuh blend kot-kot masih ada tulang yg sangkut. Masukkan cili padi, bawang merah dan bawang besar ke dalam blend dan mesin. Kemudian cili kering direbus dulu, barulah blend dan tapis buang biji. Style aku cili kering ni masak apa pun mesti blend asing dan tapis buang biji.

Bila semua bahan blend dah bersatu dalam periuk,tambahkan air, kemudian masukkan asam keping, daun kesom, halia yang diketuk, garam dan serbuk perisa. Buka api dengan kadar yg perlahan. Jangan kuatkan api tau, ini salah satu style aku masak kuah laksa. Api slow sampai kuah masak. Aku masak kuah laksa paling lama sejam setengah or sejam. Tengok pada besar mana periuk dan banyak mana cili yg aku guna. Supaya cili masak elok dan kuah tahan lama. Akhir sekali, bila kuah dah masak baru masukkan santan pekat or aku guna santan kotak. Tambah air sikit jika perlu. Sesuaikan rasanya, lepas mendidih lima minit selepas santan dimasukkan boleh tutup api dah.

*petua nak bagi kuah laksa sedap tengok pada kreatifnya tukang masak tu mengadunkan bahan-bahannya. Kalau kreatif mesti sedap. Bukan nak kata kuah laksa aku sedap tau sebab kadang-kadang aku pun terbabas juga dalam menambah bahan. Ada yang terlebih, kadang-kadang terkurang. Kesimpulannya..hanya orang yg selalu masuk dapur saja paling kreatif. Hihi...betoi dak? Kreatif tu bermaksud, pandai mengagak kuantiti bahan-bahan yg digunakan.

Nota : Lain kali aku share resepi kuah laksa biasa pula naa. Ada orang boh belacan tapi aku tak suka belacan. Tunggu ja, moga panjang umurku untuk share resepi dalam blog ini lagi. Aamiin.


Ulasan