Bihun Sup siam

Bahan-bahannya :
Bihun sebungkus
Daging
Sup Bunjut
Perencah sup siam
Kiub ayam
Daun sup
Garam
Sedikit kunyit untuk mencelur bihun.

Air secukupnya


Bahan-bahan blend :
Cili padi
Bawang besar
Halia

Korang nak guna perencah apa ikut suka hatilah.
Aku memang suka derhaka dengan resepi asal
Tak ada 3 bahan ni memang hancur la rasa sup aku..hahaha..


Cara-cara membuatnya :
*aku guna daging import jadi aku rebus dulu separuh masak kemudian basuh dan ramas untuk  buang segala macam ubat tahan yang mungkin telah dimasukkan. Ini untuk mengelakkan daripada sakit perut.  Selepas dibasuh aku akan gunting kecil-kecil. Bila dah separuh masak memang mudah untuk digunting mengikut uratnya supaya daging senang empuk. Selepas digunting, basuh sekali lagi dan akhir sekali jangan lupa selawat tiga kali. Selepas itu masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan yang telah diblend.  Masukkan sup bunjut serta semua bahan yang disertakan di dalamnya, masukkan perencah sup siam dan kiub pati ayam. Perlahankan api dan biarkan daging empuk dan cili masak. Walaupun guna cili padi tapi kalau cili tak dimasak betul-betul  mungkin boleh merana cirit birit nanti. Daun sup dimasukkan akhir sekali. Oh ya, garam jangan lupa pula. Aku selalu lupa pasal garam ni padahal garam adalah bahan paling wajib. Kalau tak ada garam ke lautlah rasanya. Kan? hahaha...

*aku tak ikut resepi bihun sup siam 100% sebab ini resepi campak-campak apa yang ada saja. Aku cuma cakap nak makan bihun sup, bahan-bahannya encik suami yang beli. Apa yang dia beli, ini sajalah yang aku masukkan. Mudah tak kerja aku? 






Ulasan