Gulai Ayam

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
2 bungkus rempah kari daging
1 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
3 cawan besar air
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji kentang
Garam
Serbuk perisa


Bahan-bahan untuk menumis :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara membuatnya :

Bersihkan ayam, blend bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan ke dalam ayam yang telah dicuci bersih. Kemudian masukkan rempah dan kerisik, gaulkan dan biarkan seketika. Selepas itu tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan hingga garing dan masukkan ayam yang telah digaul bersama bahan-bahan tadi. Perlahankan api dan kacau. Selepas itu biarkan rempah masak hingga naik minyak. Bila rempah dah betul-betul masak masukkan santan dan air serta ubi kentang. Biarkan kentang empuk.

Nota : Akak tak gunakan kulit kayu manis dan bunga lawang kerana ini resepi campak-campak apa yang ada. Kalau ada akak masukkanlah, kalau tak ada memang taklah. Petua nak bagi masakan kita sedap, Yang pertama, ikhlaskan hati ketika memasak. Yang kedua, jaga api jangan kuat sangat terutama ketika memasak rempah atau cabai. Ketiga, selawat semua bahan ketika membasuhnya.

Ok, selamat mencuba resepi gulai ayam akak, camapak-campak apa yang ada. Oppss..pastikan kuah jangan ceroi tau!







Ulasan